Write For Us

Jawapan akan tahu dalam masa terdekat, kata Ismail pada Gobind

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi mendapatkan penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung status usul menyemak semula keputusan pengundian penerimaan bajet bagi peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 20 November lalu.
"Satu usul yang telah saya failkan pada Khamis lalu di mana dipertikaikan jumlah kiraan undi di mana kita ada undi belah bahagian pada 20 November untuk kementerian KPDNKK.
"Saya tidak menerima sebarang balasan berkenaan dengan usul itu dan saya nak minta apakah status usul tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said berkata Tan Sri Pandikar sedang meneliti usul terbabit dan akan diketahui dalam masa terdekat.
- Kecoh... Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018
Pada 20 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2018 KPDNKK bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.
Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment