Write For Us

Jawatan presiden Umno perlu dipertandingkan - Isham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Tiada sebarang pindaan Perlembagaan Umno dilakukan bagi membolehkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun ini.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil, berkata perlembagaan Umno menetapkan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti.

Walaupun menyedari ada pemimpin Umno yang tidak mahu jawatan berkenaan dipertandingkan bagi menjaga keutuhan parti daripada diganggu pihak lawan, Isham berkata, dalam perlembagaan Umno tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding.

Isham berkata demikian ketika sesi bertemu media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment