Write For Us

Jawatankuasa Aduan akan pantau 20 agensi penguat kuasa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Aduan (JKA) bagi memantau pengendalian aduan kes-kes salah laku membabitkan 20 agensi penguatkuasaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil berikutan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dinaik taraf kepada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang menyiasat kes salah laku membabitkan anggota polis.
Katanya, penubuhan Jawatankuasa Aduan itu juga bagi memastikan pemantauan ke atas 20 agensi penguatkuasaan berkenaan dapat terus dilakukan seiring dengan pemantauan ke atas anggota polis.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri 11 di Putrajaya pada Selasa.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment