Write For Us

JDT bimbang ancaman '2K'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Gandingan serangan Kedah yang diterajui Kpah Sherman dan Kipre Tchetche mampu menjadi pemusnah Johor Darul Ta'zim (JDT) seandainya kedua-dua pemain itu tidak diawasi pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam 28 Februari.

Justeru, pengendali JDT, Benjamin Mora mahu benteng pertahanan skuad Harimau Selatan supaya lebih fokus dan tidak mudah terpedaya dengan helah kelibat `2K' itu yang dianggap bijak menghidu peluang terhidang bagi menjaringkan gol.

Rekod pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia dalam aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu sejak 2017 tampak seimbang apabila Kedah terlebih dahulu menjulang piala berkenaan selepas menewaskan JDT 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti tatkala aksi 90 minit permainan terikat 1-1.

Namun pada aksi musim 2018, JDT kembali bangkit untuk menewaskan skuad Lang Merah dengan kemenangan 2-1 dan terus mengekalkan piala berkenaan selama dua musim berturut-turut selepas menewaskan Perak 1-0.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment