Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil membuat penjelasan berhubung tiada ucapan tahniah kepada pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, baru-baru ini di laman rasmi Johor Southern Tigers (JDT).
Sambil mengucapkan tahniah kepada pencapaian Faiz yang menang anugerah itu, Tunku Ismail berkata beliau dan kelabnya tidak mahu tergolong dalam golongan mentaliti 'orang-orang Malaysia'.
Jelasnya, kemenangan Faiz adalah pencapaian individu namun TMJ mempersoalkan kedudukan bola sepak negara tatkala negara seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia sedang meningkat maju.
Jelas TMJ lagi, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa pencapaian Faiz adalah tanda aras baru bola sepak negara.
Ini kerana dalam tempoh 9 bulan, sejak media banyak menyebut tentang gol Faiz dalam 3 bulan terakhir dan kini beliau memenanginya, sehingga 6 bulan akan datang akan terus diperkatakan mengenainya, tiada perkembangan yang berlaku dalam bola sepak negara.
TMJ juga menegur media kerana mengangkat Faiz Subri setinggi langit, dikhuatiri beliau berasa selesa dengan kedudukan sekarang.
Sambil menyifatkan tanda aras baru dalam bola sepak tanah air adalah JDT, TMJ berkata dunia luar mengenal kelab itu melalui pencapaian kemenangan Piala AFC serta pengurusan kelab yang profesional.
Ujar TMJ, JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara, bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment