Write For Us

Jelajah ke Pulau Karamathi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Menatap gambar pemandangan Maldives menerusi Internet, terlintas di hati penulis, mungkinkah ia hanya sekadar gambar yang diubah suai menggunakan perisian oleh jurugambar profesional?
Rasanya terlalu indah bagi pemandangan kepulauan Maldives itu. Wujudkah tempat seperti itu?
Setiba penulis di Maldives, keraguan awal itu berubah kerana sesungguhnya Maldives lebih cantik dan indah berbanding gambar terpapar pada skrin.
Terletak di Lautan Hindi, barat daya India dan Sri Lanka, Maldives merangkumi 1,190 pulau yang terletak di 26 atoll, iaitu bulatan yang terbentuk daripada batu karang.
Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Maldives, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang empat jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Male.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment