Write For Us

Jenazah Adib selamat dikebumikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari tadi.
Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumian dijalankan.
Terdahulu, jenazah tiba di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, di sini pada pukul 10.29 pagi yang dibawa dengan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Pangkalan Udara JBPM, Subang, Selangor.
Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Tebengau sebelum dibawa ke Masjid As-Saadah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah itu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan sejurus selepas itu.
Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment