Write For Us

Jenazah dua anggota polis terkorban dibawa pulang ke kampung halaman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
23 Views
Published
Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pagi ini untuk dikebumikan.

Kedua-dua mereka terkorban akibat serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi Jumaat.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.

Terdahulu lebih 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.

Sumber video: Berita RTM
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment