Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di Jasin, Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh di sini, kira-kira 12.40 tengah hari ini.
Jenazah dituntut keluarga kandung ibunya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka kira-kira 10.05 pagi tadi dan disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak 600 meter dari rumah datuk kandung kanak-kanak itu.
Pengebumian yang dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam itu turut dihadiri ahli keluarga kandung dan keluarga angkat kanak-kanak itu, namun pihak media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan tanah perkuburan tersebut atas permintaan keluarga kandung kanak-kanak itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment