Write For Us

Jerat along di FB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Hasrat seorang pemuda mahu menyelesaikan masalah senarai hitam Credit-Tip-Off (CTOS) dengan meminjam dari syarikat pemberi pinjam wang yang mengiklankan perkhidmatan menerusi Facebook (FB) mengundang bala apabila dia menjadi mangsa penipuan scammer.
Bukan sahaja tidak mendapat wang pinjaman kononnya diluluskan sehingga RM36,000 malah mangsa yang juga anggota keselamatan itu turut melakukan lima kali pembayaran membabitkan jumlah keseluruhan RM7,520 didakwa atas pelbagai sebab sebelum duit pembayaran pinjaman dijelaskan.
Menceritakan semula kesilapannya sehingga diperdaya scammer itu, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Nor, 30-an, berkata dia terpandang iklan di FB mengenai sebuah syarikat yang berupaya memberikan pinjaman walaupun prospek si peminjam mempunyai masalah CTOS atau Centre Credit Reference Information System (CCRIS).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment