Jersi edisi khas yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ‘laku keras’ apabila mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan daripada penyokong pasukan itu.
Dengan hanya 2,000 helai jersi berwarna hitam itu yang dikeluarkan FAS, Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon menjangkakan semuanya akan habis terjual sebelum Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya, penghujung Februari ini.
Setakat ini, 20 peratus sudah ditempah secara dalam talian dan pihaknya akan menjualnya secara fizikal pada hari perlawanan namun ia tertakluk selagi stok masih ada.
Beliau ditemui pada Hari Bolasepak Selangor 2019 di Stadium Shah Alam, pada Sabtu, 14 Disember.
Sekali imbas, jersi edisi khas Selangor itu mirip jersi edisi khas yang dikeluarkan pasukan Bundesliga, Borussia Dortmund yang turut berwarna hitam bagi meraikan ulang tahun ke-110 pasukan itu dan ia habis terjual dalam tempoh tiga jam.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment