Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu hari ini memaparkan gambar jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tetapi menggunakan nama 'Tung Tai Yiek'.
Gambar tersebut dimuatkan dalam artikel bertajuk: Biar lapar asal bergaya, yang memfokuskan gaya hidup berjimat demi membeli barangan idaman seperti aksesori mewah dan telefon pintar.
Lebih ironi, dia yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan berparti sakan dengan artis Hollywood itu, dikatakan pernah mengikat perut semata-mata untuk membeli kenderaan kegemaran iaitu Yamaha RXZ dan Honda Civic.
Semakan di Facebook mendapati pemilik akaun tersebut menetap di Subang Jaya dan bekerja di sektor perbankan, tetapi menggunakan gambar 'Jho Low'.
Jho Low adalah individu yang menjadi perhatian dunia politik dan kewangan, terutama apabila namanya disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat berhubung isu 1MDB.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment