Write For Us

Jho Low kerja untuk siapa? Ini jawab Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang penglibatannya yang dikaitkan bersama ahli perniagaan kontroversi Jho Low dalam skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Memetik wawancara Reuters, Najib berkata Jho Low tidak bekerja bagi pihaknya dan semua barangan yang dimiliki Jho Low tidak pernah membabitkan nama Najib.
Tetapi, kata Najib, Jho Low mengatakan dia bertindak untuk orang lain.
Apabila ditanya Low bekerja untuk siapa, Najib berkata: “Anda perlu bertanya kepadanya sendiri.”
Najib juga berkata siasatan perlu diteruskan dan jika sesiapa didapati menyalahi undang-undang, biarkan proses perundangan mengambil tindakan.
Jho Low, 37, dikehendaki SPRM bagi melengkapkan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment