Write For Us

Jho Low salahkan rejim Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa beliau mempunyai peranan dalam membantu urusan dengan China untuk menyelamatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2016 sebagai pertukaran dengan kontrak lumayan.
Dalam satu kenyataan daripada jurucakapnya yang dikeluarkan melalui peguamnya, Low berkata artikel terbabit "separuh benar" dan menyalahkan pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, berkata dakwaan dalam artikel itu tidak berasas dan bermotif politik.
Menurutnya lagi, dakwaan tersebut luar biasa dan serius, justeru ia memerlukan bukti yang luar biasa dan pentadbiran Mahathir gagal memberikan sebarang bukti yang sah untuk menyokong tuduhan bermotifkan politik.
Melalui kenyataan itu juga, Low turut membidas laporan WSJ kerana menurutnya adalah menjadi tanggungjawab kewartawanan WSJ untuk mendapatkan dakwaan seumpama itu dengan keraguan dan wasangka, dan ia adalah malang bahawa tuduhan politik yang tidak berasas itu dianggap sebagai laporan yang sah.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kedutaan China di Malaysia juga menafikan dakwaan dalam artikel itu.
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut berkata bahawa kabinet sebelumnya di bawah Najib tidak tahu bahawa urusan projek dengan China adalah untuk menyelamatkan 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment