Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi berkongsi pentas di sebuah dewan di Petaling Jaya malam tadi bersama sekumpulan anak-anak muda.
Kedua-dua mereka - bekas seteru ketat - membicarakan pelbagai soalan daripada konsep nepotisme hingga kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kedua-dua, Mahathir dan Lim dituduh mengamalkan nepotisme kerana anak masing-masing mengikuti jejak langkah mereka dalam politik manakala Lim ditahan di bawah ISA semasa Mahathir adalah perdana menteri.
Mengaku bahawa dirinya kerap membidas Mahathir pada masa lalu, Lim bagaimanapun berkata, bahawa kritikan itu tidak pernah bersifat peribadi.
"Saya tidak pernah memanggilnya 'Mahafiraun', 'Mahazalim' atau korup. Sebagai perdana menteri, saya memegangnya bertanggungjawab terhadap semua penyalahgunaan kuasa termasuk Operasi Lalang, dia berkata dia bertindak atas nasihat keselamatan.
"Tetapi sebagai menteri dalam negeri, dia harus bertanggungjawab berhubung tangkapan ke atas semua tahanan,” kata Lim.
Lim juga ditanya sama ada beliau akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat "kesilapan" Mahathir serta dakwaan kekayaan anak-anaknya.
Lim berkata, siasatan penuh perlu dijalankan jika terdapat penyalahgunaan kuasa ataupun wujud persepsi tentang salah guna kuasa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment