Write For Us

Jika layan Lynas seperti 'pariah' akan jejas potensi pelaburan lain - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Lynas Malaysia Sdn Bhd, syarikat perlombongan nadir bumi, tidak wajar dilayan sebagai orang terbuang memandangkan ia membawa pelaburan besar serta pekerjaan.
“Ia merupakan pelaburan besar, RM1.7 bilion. Ia mewujudkan 700 pekerjaan berkualiti tinggi, pekerjaan yang membayar upah yang tinggi. Ia perlu untuk pelaburan kita.
“Jika anda layan Lynas seperti paria, dan meminta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan dapat menarik orang lain untuk melabur di negara ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Pelancongan Dunia 2019 yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, di sini hari ini.
Dr Mahathir juga ditanya mengenai dakwaan oleh pengkritik syarikat pelombong nadir bumi itu bahawa lesen syarikat berkenaan diperbaharui kerana hubungan eratnya dengan kerajaan Jepun.
Dalam jawapan ringkasnya, beliau berkata "Ia tidak ada hubungan dengan Jepun".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment