AVA360 Advertising

Jika nyawa sebagai balasan

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
11 Views
JIKA ikutkan perasaan, dia sekeluarga mahu pelaku yang menyebabkan kematian isterinya menerima balasan kematian juga.

Namun Muhamad Ridzuan Tan, 48, sedar bahawa negara masih ada undang-undang untuk mengadili jenayah dilakukan hingga isterinya, Nurfarahdila Zulkifli Amin menjadi korban.
Wanita berusia 32 tahun itu meninggal dunia, semalam selepas hampir dua bulan dirawat di hospital berikutan tulang lehernya patah dan mengalami kecederaan lain.

Arwah kritikal selepas disamun lelaki berusia 30 tahun di Persiaran Jenahak 2, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 23 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid suspek sudah ditahan dan akan didakwa di mahkamah pada Khamis.

Susulan kematian mangsa, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment