Write For Us

'Jika rakyat minta Mahathir jadi PM semula, apa kata Tun?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju untuk menjadi perdana menteri pada waktu ini.
Mahathir berkata ini kerana beliau telah menyatakan perkara tersebut ketika bersara pada waktu dulu.
Namun, kata Mahathir, beliau tidak menolak akan menimbang semula jika seluruh pimpinan Pakatan Harapan mempersetujui cadangan itu.
"Saya tak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang. Tapi waktu ini saya tak bersetuju nak jadi perdana menteri waktu ini.
"Jadi saya telah menyatakan bahawa setelah saya bersara, saya tidak akan jadi Perdana Menteri lagi," katanya.
Mahathir mengulas soalan daripada netizen yang memintanya menjadi perdana menteri semula sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat.
Beliau berkata demikian dalam sesi pentanyaan secara langsung di Facebooknya hari ini.
Sesi itu dikendalikan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mengulas peranannya sekiranya tidak mahu menjadi perdana menteri semula, Mahathir berkata beliau mahu pemerintah yang mentabdir negara sekurang-kurangnya mengambil pandangannya berkenaan isu-isu tertentu memandangkan pengalamannya memimpin Malaysia selama 22 tahun.
"Saya berpendapat sewaktu saya letak jawatan pun, sekurang-kurangnya pandangan saya ditanya oleh parti pemerintah berkenaan isu-isu tertentu ataupun masalah yang dihadapi kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Saya mempunyai pengalaman dan maklumat yang mungkin berguna, itupun kalau ada kerajaan itu yang didirikan selepas PRU-14 ini, kalau saya diberi peluang untuk memberi pendapat kalau ada soalan-soalan yang memerlukan perbincangan, saya bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi," jelasnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment