Write For Us

"Jika saya tidak suka, rakyat Johor juga tidak suka"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk jambatan bagi projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.
Memetik temu ramah eksklusif dengan BH dan New Straits Times, Sultan Ibrahim bertitah beliau menyambut baik projek RTS, namun tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.
Ini kerana pembinaan jambatan dengan ketinggian itu akan menjejaskan pemandangan bandar raya sepanjang Selat Johor, selain ketinggiannya tidak praktikal, tidak mapan dan kosnya berpotensi tinggi.
Baginda mahu Kerajaan Singapura dan Malaysia perlu runding semula reka bentuknya, kaji semula pelan dan runding dengannya.
Baginda yakin lebih mudah dan murah untuk membina jambatan yang lurus serta lebih dekat dengan Tambak Johor.
Dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim turut membuat lakaran cadangan baginda untuk reka bentuk jambatan yang lebih praktikal.
Baginda juga mempersoalkan mengapa kedua-dua negara perlu menggunakan khidmat kontraktor berasingan untuk membina bahagian di negara masing-masing dan menyarankan supaya satu kontraktor sahaja digunakan melalui usaha sama.
Sultan Ibrahim mahu mengemukakan cadangan baginda kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan mereka, bulan depan.
Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif untuk 80,000 hingga 100,000 pengguna yang menggunakan Tambak Johor setiap hari. Apabila siap nanti, RTS mampu menampung pergerakan 10,000 pengguna di antara kedua-dua negara setiap jam.
Malaysia dan Singapura bersetuju menggunakan jambatan tinggi bagi RTS kerana ia dilihat penyelesaian yang paling kos efektif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata keputusan membina jambatan itu dibuat selepas beliau dan Hsien Loong meneliti pelbagai opsyen, termasuk menggunakan jambatan tinggi, jambatan rendah dan terowong.
Ia juga bagi mengintegrasikannya dengan sistem aliran massa (MRT) Singapura laluan Thomson-Pantai Timur (TEL) yang akan dibina. Projek TEL dengan 31 stesen itu akan dibuka dalam beberapa fasa antara 2019 hingga 2024.
Pada 31 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Malaysia dan Singapura akan menandatangani perjanjian dua hala mengenai RTS pada Disember depan.
Kedua-dua negara bersetuju melantik sebuah syarikat untuk mengendali dan mengurus sistem operasi lintasan sempadan itu, termasuk sistem kereta api, landasan dan sistem isyarat.
Ketika menekankan persetujuan dengan projek RTS, baginda berkata, kerajaan Johor patut mengambil langkah mengadakan usahasama dengan kerajaan Singapura.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment