Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 26 juta batang rokok berjenama Gauloises yang dianggarkan bernilai RM1.82 juta dengan jumlah duti sebanyak RM17.34 juta.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Johari Alifiah, berkata pada 7 Februari lalu, hasil risikan pegawainya bersama Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) JKDM mendapati terdapat dua kontena yang tiba dari Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dari Bashraq, Iraq.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal ke atas kontena berkenaan mendapati terdapat rokok berjenama Gauloises yang disyaki barang larangan.
Pemeriksaan ke atas Dokumen Perkapalan dan Daftar Muatan Kapal menunjukkan dagangan dalam dua kontena terbabit terdapat sebanyak 130,000 karton rokok.
Siasatan mendapati syarikat pengimport tidak mempunyai permit import yang sah dan kedua-dua kontena itu tiba di Pelabuhan Barat pada Disember tahun lalu dan tiada pengikraran dibuat ke atas dagangan berkenaan.
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media di Pejabat JKDM Bahagian Penguatkuasaan Dengkil, pada Selasa, 11 Februari.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment