Write For Us

J.K.K (Musim 4) | Episod 6

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
KEDAI TAILOR
Ketika Pak Din dan Bijan sedang bersembang, masuk seorang lelaki yang ingin menempah 10 baju kemeja. Pak Din syak lelaki itu adalah wanita lalu mendesaknya dedahkan penyamaran. Semua terkejut yang lelaki itu adalah Rimbun . Rimbun terpaksa menyamar begini kerana nak mengelak dirinya dikenal pasti oleh abang tirinya yang sedang memaksanya berkahwin dengan seorang hartawan.
WARUNG KOPI
Rimbun beri gambaran yang abang tirinya itu bernama Kayu, seorang gengster yang ganas. Ketika sedang bersembang itulah, Kayu muncul. Melihat pada sikap lemah lembut dan langsung tidak ada ciri ciri gengster seperti yang digambarkan, Rimbun mula disyaki menipu tentang abang tirinya. Kayu berkata tujuan dia mencari Rimbun kerana ibu mereka sedang sakit. Rimbun mula naik angin dan lupa dia sedang menyamar. Kayu juga tiba tiba berubah menyerlah kegengsterannya lalu memaksa Rimbun balik. Pak Din menjadi orang tengah dan mengajak masalah mereka dibicarakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment