Write For Us

Johor catat kes rogol kanak-kanak paling tinggi - Rohani

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
141 Views
Published
Sebanyak 13,272 kes rogol direkodkan bagi tempoh 2010 sehingga Mei 2017 dengan Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2,089 kes.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatat kes luar tabii iaitu 235 kes daripada 1,152 kes dan kes cabul iaitu 1,052 kes daripada 6,014 kes.
Manakala Sabah pula mencatat bilangan tertinggi kes sumbang mahram iaitu 263 kes daripada 1,796 kes.
Kata Rohani, bagi kes penderaan fizikal pula dicatatkan sebanyak 2,244 kes.
"Kebanyakan pelaku bagi kes dia atas aadalah lelaki dan mangsa adalah perempuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Rohani menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengenai statistik kes penderaan seksual kanak-kanak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment