Write For Us

Jokowi guna wang sendiri ke luar negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Keseluruhan perbelanjaan Presiden Joko Widodo atau Jokowi ke Turki dan Jerman minggu lalu menggunakan wang sendiri dan bukan peruntukan negara.
Pegawai medianya Bey Machmudin berkata arahan itu telah dikeluarkan pada Isnin minggu lalu.
Dalam arahan tersebut, presiden menegaskan bahawa seluruh biaya perjalanan dan kemudahan anggota keluarga presiden yang turut serta dalam perjalanan ke Turki dan Jerman sejak 5 sampai 9 Julai lalu menjadi tanggungan peribadi presiden.
Kompas melaporkan dalam lawatan itu, Jokowi membawa anggota keluarga besarnya, termasuk Wanita Pertama Iriana dan tiga anak-anaknya, iaitu Gibran Rakabuming, Kahiyang Ayu, dan Kaesang Pangarep.
Isteri Gibran, Selvi Ananda, juga turut sama dalam lawatan itu bersama anak mereka Jan Ethesyang baru berusia satu tahun empat bulan.
Dalam kenyataannya, Bey menjelaskan kehadiran anggota keluarga Jokowi itu tidak menjejaskan jumlah penumpang rasmi lain.
Sebelum ini, Forum Indonesia Untuk Transparansi Anggaran (FITRA) mengkritik langkah anggota keluarga turut serta dalam lawatan ke luar negara.
Kumpulan antirasuah Indonesia itu berkata Jokowi tidak memberikan contoh teladan hidup sederhana dengan lawatan itu.
Jokowi dan rombongannya berangkat ke Turki dengan pesawat rasmi pada 5 Julai lalu untuk membalas kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang berkunjung ke Indonesia pada 2015 lalu.
Jokowi juga bertemu dengan peniaga dan warganegara Indonesia di sana.
Dari Turki, Jokowi dan rombongan terbang ke Jerman untuk mengikuti pertemuan negara-negara G-20.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment