Write For Us

Jual tanah lama-lama kita masuk hutan, kata Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
198 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan kegusaran mengenai masa depan rakyat Malaysia sekiranya kerajaan menjual tanah kepada syarikat asing untuk tujuan pembangunan.
Mahathir berkata dengan cara menjual dan membeli dengan nilai pasaran hartanah yang tinggi kepada syarikat asing, lama kelamaan rakyat sendiri akan merempat di hutan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi.
Video dimuat naik secara langsung di Facebook Srikandi Bersatu Malaysia-SBM.
Terdahulu, Mahathir mendakwa penghijrahan orang-orang China ke Malaysia bakal mengubah peratusan kaum-kaum di negara ini.
Mahathir berkata demikian bersandarkan kepada laporan Bloomberg pada November tahun lalu, di mana 700,000 unit kediaman untuk projek Forest City di Johor, akan dibina di atas tanah seluas 1,400 hektar dengan menyasarkan warga China sebagai pembeli utama.
Ikuti penjelasan artikel Mahathir di
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment