Write For Us

'Jualan sate Kajang melambung kerana MRT'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya bahawa projek infrastruktur atau "infra-rakyat" seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) menjadi sebab utama jualan sate di Kajang melonjak.
"Saya diberitahu di Kajang hari ni penjualan sate melambung dengan adanya MRT," katanya.
Dalam ucapan pembukaan di Ekspo Negaraku di Dataran Merdeka malam tadi, Najib menyatakan kerajaan sentiasa mempunyai perancangan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat.
"Sebagai sebuah kerajaan kita nak rakyat menilai, segala yang kita lakukan dalam bentuk infra rakyat.
"Sebab tu saya tukar istilah bukan lagi infrastruktur - kemudahan asas tapi infra rakyat kerana apa sahaja kita lakukan adalah untuk rakyat," katanya.
Fasa kedua laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dilancarkan bulan Julai lalu.
Ketika pelancaran projek berkenaan, Najib berjanji bahawa ia akan menjadi permulaan kepada banyak projek untuk rakyat di negara ini.
Dalam ucapannya, Najib menyebut mengenai pemilik kedai di sepanjang Bukit Bintang memprotes projek MRT semasa peringkat awal perancangannya enam tahun lalu.
"Saya beritahu projek ni takkan mengganggu pemilikan kedai-kedai mereka.
"Malah saya kata kalau dengan adanya MRT ini, nilai kedai tuan-tuan tu akan meningkat jauh lebih tinggi
"Hari ni saya diberitahu mereka semua berpuas hati dengan adanya MRT. Malah, ramai yang datang jumpa saya, menyesal, (kawasan) mereka tak ada laluan MRT," katanya.
Najib menambah projek pengangkutan awam itu bukan satu pencapaian mudah kerana banyak negara masih belum dapat melaksanakannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment