Write For Us

Jumlah mangsa terhidu gas kimia berbahaya terus meningkat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Puluhan ambulans dilihat bertali arus memasuki Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang sejak jam 10 pagi tadi membawa pelajar yang dipercayai terhidu gas kimia berbahaya.
Antara sekolah yang dipercayai terjejas termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari kawasan pembuangan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim.
Difahamkan, pelajar dari SK Taman Bukit Dahlia dan sekolah Taman Rinting turut dikejarkan ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Suasana panik dilihat di pintu masuk dewan berkenaan apabila beberapa ibu bapa yang datang diminta tidak masuk ke dalam dewan bagi membolehkan rawatan segera diberikan kepada pelajar terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment