Write For Us

Juruletup bunga api Fiesta Gegar Klang dicari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Gara-gara insiden tidak sepatutnya berlaku semasa sambutan 2017 di Klang baru-baru ini, polis meminta empat individu yang bertanggungjawab memulakan pembakaran bunga api dan diyakini dapat menyelesaikan siasatan kes berkenaan tampil membantu siasatan.
Individu terbabit diberi tempoh sehingga petang esok untuk hadir memberi kerjasama sebelum pihak berkuasa bertindak lanjut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata lelaki terbabit berusia 30 tahun adalah juruletup yang memulakan pembakaran bunga api di Fiesta Gegar Klang pada 31 Disember lalu.
Kata Abdul Samah, seseorang juruletup sepatutnya memiliki lesen, masing-masing daripada polis dan Bahagian Geosains Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Samah juga berkata selain juruletup terbabit, turut dikehendaki polis ialah tiga pembantunya.
Dalam kejadian malam Sabtu lalu, kegembiraan pengunjung Fiesta Klang yang menunggu ketibaan tahun baru bertukar mimpi ngeri apabila sebahagian daripada bunga api yang dinyalakan, meletup di atas tanah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment