Write For Us

K’jaan bayar Maria Chin RM25,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Kerajaan bersetuju membayar ganti rugi RM25,000 kepada bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berhubung penahanannya pada 2016 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Gurdial Singh, peguam yang mewakili Maria, berkata tuntutan mahkamah yang difailkannya tahun lalu diselesaikan hari ini melalui penghakiman persetujuan dihadapan hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad.
Beliau berkata kerajaan juga bersetuju membayar RM5,000 sebagai kos kepada Maria.
Penyelesaian oleh kedua-dua belah pihak itu dirakamkan tanpa pengakuan liabiliti oleh kerajaan dan polis.
Maria ditahan di bawah Sosma selama 10 hari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada 2016.
Maria, yang kini adalah ahli parlimen Petaling Jaya, memfailkan saman itu pada 6 Ogos tahun lalu. Beliau mendakwa bahawa penahanannya di bawah Sosma adalah tidak sah.
Dalam samannya, Maria menamakan ketua polis negara, menteri dalam negeri dan kerajaan, sebagai defendan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment