Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan Kuil Sri maha Mariamman di Seafield, USJ tidak akan dirobohkan sehingga 11 Januari depan serta perbincangan antara pihak kuil dan pemaju selesai, kata Menteri Besarnya Amirudin Shari.
Menurutnya, ini kerana keputusan sama ada ia akan dirobhohkan akan ditentukan dalam satu prosiding mahkamah pada tarikh tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media di DUN Selangor hari ini.
Amiruddin juga berkata, kerajaan negeri akan menjadi "orang tengah" untuk mulakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit selewat-lewatnya pada Selasa depan untuk mencapai\ penyelesaian.
Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat bahawa tidak akan ada sebarang perhimpunan serta provokasi yang akan menyebabkan kekecohan itu berlaku lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment