Write For Us

Kad bank 'Paywave' tidak boleh diklon

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Kad berteraskan teknologi transaksi tanpa sentuh atau 'Paywave' tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, menolak dakwaan yang tersebar luas di laman sosial kononnya kad menggunakan ciri Paywave mudah diklon, manakala maklumatnya dijual pihak ketiga.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN-Parit sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Noraini meminta pengesahan kerajaan mengenai dakwaan kad Paywave yang mula digunakan secara meluas ketika ini mudah dipalsukan, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Kata Othman, industri perbankan antarabangsa sudah menjangkakan segala kemungkinan seperti kecurian data dan memalsukan kad berkenaan, justeru dilengkapi dengan ciri keselamatan menggunakan teknologi terkini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment