Write For Us

'Kad rawatan hospital mental bukan kekebalan untuk terlepas hukuman'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
976 Views
Published
Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Dr Norhayati Nordin menjelaskan, kad rawatan pesakit mental bukan suatu kekebalan untuk terlepas daripada hukuman, sebaliknya pihak mahkamah akan merujuk kepada penilanian daripada hospital terlebih dahulu.
“Kadang-kadang kita lihat ada pesakit mental lakukan jenayah, dari segi mahkamah dia akan hukum pesalah itu.
“Tapi kalau dia pesakit mental, dia tak ada niat (lakukan jenayah) dan dikawal oleh sesuatu, maka kita tak patutlah hukum dia.
“Dia (pesalah) tidak kebal, itu cuma kad temu janji. Mahkamah akan tentukan dan dia akan dinilai semasa dia lakukan jenayah. Kita kena akses (tahap mental) masa dia lakukan jenayah. Jika dia ada rekod sakit mental tetapi ketika kejadian dia waras dan berniat jahat secara sedar, maka dia akan dihukum seperti pesalah lain,” katanya ketika ditemui di HBUK Selasa lalu.
Sebelum itu Norhayati ditanya mengenai beberapa kes bunuh yang akhirnya pesalah itu terlepas daripada hukuman gantung kerana pernah mendapat rawatan mental.
Selasa lalu KiniTV berpeluang mengikuti lawatan ke HBUK bersama Yayasan Kesihatan Mental (YKM) bagi melihat sendiri keadaan pesakit mental.
Turut serta dalam lawatan itu Pengerusi YKM Tan Sri Hashim Meon (foto) dan Pengarah Eksekutifnya Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah.
Penyakit mental merupakan penyakit kedua tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.
Laporan statistik mengenai penyakit itu sangat membimbangkan di mana pada tahun 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment