Write For Us

Kadar positif Covid-19 di madrasah, tahfiz catat peningkatan - KKM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
55 Views
Published
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 19,209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan ini sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan keputusannya adalah 635 kes positif COVID-19, 10,755 kes negatif dan 994 kes masih menunggu keputusan.

Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus.

Jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment