Write For Us

Kadar Sewa PPRT Sebelum Pakatan Rakyat Selangor Memerintah- FOKUS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
787 Views
Published
Sinopsis

FOKUS Untuk 03102013

Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Keputusan untuk menaikkan kadar sewa di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang merupakan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Exco pada Ogos 2007, iaitu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

2. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober 2013 adalah hari penamaan calon dan 4 November 2013 hari pengundi untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.

3. Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya.

4. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong menyarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya melaksanakan kaedah 'Micro Sitting' di bangunan-bangunan Kerajaan atau kawasan sekitar sebagai sumber tenaga alternatif dalam kehidupan harian.

5. Satu lagi detik hitam melanda sistem perundangan negara apabila Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan Dewan Rakyat membenarkan penahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun.
Category
TV Siri - TV Series
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment