Write For Us

'Kahwin lepas rogol': Kenyataan saya diambil di luar konteks

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
200 Views
Published
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata beliau berbahas berdasarkan pengalamannya sebagai hakim syarie mengenai isu perogol mengahwini mangsanya.
Katanya persepsi orang ramai ketika ini ialah, perogol adalah "semata-mata orang yang ganas dan jahat".
Bagi kes statutory rape atau hubungan seks sukarela dengan perempuan bawah umur, kata Shabudin, perogol mungkin seorang kawan atau teman lelaki.
"Perogol itu mungkin seorang kawan, mungkin teman lelaki yang dia (mangsa) sayang, dan teman lelaki itu pun sayang kepada dia," katanya dalam temu bual disiarkan laman sesawang bnbbc.my semalam.
Misalnya, kata Shabudin, seorang lelaki berusia 20 tahun bercinta dengan gadis berusia 15 tahun dan terlanjur mengadakan hubungan seks.
Apabila perkara itu diketahui keluarga, katanya, mereka mencadangkan untuk menyelesaikan masalah itu melalui mutual understanding (persetujuan bersama).
Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak boleh diharamkan kerana ia dibenarkan agama, malah undang-undang mengizinkannya dengan syarat mendapat kebenaran mahkamah jika mangsa berusia bawah 16 tahun.
"Kes rogol itu (tetap) kes jenayah. Tetapi sekarang ini permohonan daripada pihak keluarga dan persefahaman bersama (untuk pasangan itu dikahwinkan. Itu tak boleh diharamkan," katanya.
Pada masa sama, katanya, tidak ada paksaan untuk perogol dan mangsa itu berkahwin.
"Saya pun tak pernah sebutkan bahawa kita mesti kahwinkan perempuan yang telah kena kena rogol itu (secara statutory rape atau) secara paksaan itu dengan pasangannya. Tak ada. Saya tak menyebut benda macam itu
"Tapi kalau katakan (misalnya terjadi), kita tak tahu - ini kuasa tuhan - mungkin perempuan atau lelaki itu menyesal, insaf, mungkin dia mencadangkan untuk dia berkahwin dengan perempuan tadi, itu pun tak menjadi halangan.
"Kalau dia berumur 16 tahun ke atas, dia buat keputusan sendiri. Kalau berumur 16 tahun ke bawah, keluarga dan mahkamah boleh buat keputusan kepada dia," katanya.
Keadaan begitu juga mungkin memberi peluang lebih baik kepada pasangan terbabit.
"Yang ni masyarakat kena faham. Sebenarnya saya katakan itu, katakanlah pasangan kekasih tadi, apabila berlaku kes begitu dan dia (perempuan) mengandung, kita pun kata: Oh, kamu tak boleh kahwin, undang-undang kata (mereka) tak boleh kahwin... apa jadi pada pasangan tersebut, sedangkan mereka tak ada masalah dari segi menerima antara satu sama lain.
"Sebab itu dalam syarak (agama) tak menghalang pasangan (suka sama suka) itu nak berkahwin," katanya.
Shabudin menjadi sasaran kecaman ramai ekoran kenyataannya semasa berbahas di Dewan Rakyat kelmarin.
Berikut adalah pautan ucapan penuh Shabudin berhubung isu 'kahwin lepas rogol' -
Berikut pautan kenyataan penuh Shabudin yang mendakwa media massa menyalah tafsir ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat kelmarin. -
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment