Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, berkata kerajaan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan itu namun rakyat negara ini juga perlu memainkan peranan dengan tidak begitu memilih kerja.
“Kita nak hapuskan pekerja asing tetapi tak dapat sebab orang kita tak sanggup bekerja, dalam restoran tak sanggup di supermarket tak sanggup. Yang berat-berat saya tahulah tak sanggup tetapi di restoran berhawa dingin pun tak mau kerja juga, di supermarket pun tak mau kerja.
“Saya tahu rakyat tak mahu dan tak berani nak naik rumah tinggi sampai 30 atau 40 tingkat, takut pening kepala, takut nak jatuh jadi tak payah kerja yang macam itu susah, jadi yang senang-senang kita buatlah,” katanya mengulas mengenai pekerja asing.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Peringkat Langkawi kepada 48 penerima di Kompleks Angkatan Pertahan Awam (APM) Daerah Langkawi hari ini.
Dr Mahathir turut menyatakan komitmen kerajaan untuk menangani kebergantungan kepada pekerja asing dengan menawarkan latihan kepada rakyat negara ini bagi menjadikan mereka lebih cekap.
“Kita akan bagi latihan supaya mereka lebih cekap kita juga ingin mereka sedikit sebanyak kuasai Bahasa Inggeris sebab pelabur bercakap dalam bahasa itu,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment