Write For Us

'Kalau boleh bagi sikit duit raya pun tak apa, ringan beban peneroka'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menimbang untuk tetap memberikan bantuan kepada peneroka Felda sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Beliau yang juga pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat kaukus hari ini.
"Kami faham daripada kenyataan kerajaan, terutama (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Azmin Ali berkenaan masalah (kewangan) dan perbincangaan tentang masa depan (Felda).
"Tetapi kita telah turun ke bawah dan kegelisahan itu benar. Orang berdepan masalah kewangan ketika Ramadan dan Hari Raya.
"Jadi jika mereka (kerajaan) dapat pertimbangkan untuk beri sedikit pun tak apa, untuk ringankan beban peneroka Felda. Berapa banyak bergantung kepada mereka (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Pada 22 Mei lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali membayangkan peneroka mungkin tidak akan menerima peruntukan duit raya daripada kerajaan untuk tahun ini.
Selain memberi tumpuan kepada rancangan pemulihan lembaga itu yang bernilai RM6.23 bilion, Azmin berkata kerajaan berhasrat menyalurkan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil terlebih dahulu yang menurutnya akan dibuat sebelum hari raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment