Write For Us

Kalau Bukan Aku | Episod 17

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Kalau Bukan Aku berkisar tentang Umar, seorang pemuda yang mempunyai penyakit autisme dan haknya sebagai anak telah dinafikan oleh kedua-dua ibu bapanya, Tuan Raqim (Zaidi Omar) dan Puan Zalia (Ziela Jalil). Ibu bapa Umar juga telah mengarahkan pembantu rumahnya, Cik Nomi (Mak Wan) mencari calon isteri buat Umar kerana tidak mahu lagi menjaganya. Kemudian Cik Nomi pulang ke kampung dan bertemu Nurin (Syatilla Melvin), dengan hajat untuk jadikan wanita itu sebagai calon isteri Umar. Cik Nomi mula menceritakan kisah majikannya yang mahukan calon isteri untuk anaknya yang baru kemalangan dan mengalami trauma kepada Nurin. Cik Nomi yakin dengan status Nurin yang kini seorang janda dan sering diganggu oleh Along kerana hutang bekas suaminya Sham (Zalfie), pasti mudah baginya untuk memujuk Nurin berkahwin dengan Umar. Demi tidak diganggu lagi oleh Along serta melangsaikan hutang Sham, Nurin akur menjadi isteri Umar. Suatu pagi, Nurin mengalami sakit kepala dan sering muntah-muntah. Apabila bertemu doktor, Nurin disahkan mengandung dan dia mula panik sama ada kandungannya itu anak Umar atau Eddie. Sementara itu, berita mengenai kehamilan Nurin itu turut diketahui oleh Eddie. Selepas itu, Eddie terus membuat rancangan jahatnya untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di antara dia dan Nurin serta kemungkinan anak yang dikandung itu adalah anaknya. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Anak siapakah yang dikandung oleh Nurin? Mampukah rumahtangga Umar dan Nurin bertahan
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment