Write For Us

'Kalau DAP menang, rakyat berenang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Selepas didesak supaya mengakui banjir kilat di Pulau Pinang akibat pembangunan tidak terancang, hari ini Datuk Seri Najib Razak pula menyindir pentadbiran DAP itu.
"Banjir di Pulau Pinang, kalau DAP senang, rakyat senang, kalau DAP menang, rakyat berenang".
"Kalau boleh belanja RM300 juta untuk pelan utama, kenapa tidak letak peruntukan bagi membina kemudahan mitigasi banjir di negeri pimpinan mereka demi manfaat rakyat," kata perdana menteri di hadapan 15,000 komuniti kaum Cina di Perhimpunan Patriotik Masyarakat Cina di PWTC, hari ini.
Najib berkata demikian ekoran banjir kilat di Pulau Pinang semalam.
Semalam Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP mengakui kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di negeri itu kebelakangan ini adalah akibat pembangunan negeri yang tidak terancang.
Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri juga perlu mengakui kejadian banjir terbabit disebabkan pembangunan yang terlalu pesat.
Dalam satu kenyataan semalam, Oh berkata sepanjang hampir 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, mereka hanya tahu menolak isu banjir kepada kerajaan persekutuan.
Oh berkata kejadian banjir kilat terbaharu semalam yang turut menyaksikan kejadian tanah runtuh selain air kekuningan, menunjukkan kesemua itu kesan daripada kelulusan yang diberi pihak kerajaan negeri kepada pemaju untuk meneroka kawasan hutan dan lereng bukit.
Hujan lebat sejak jam 3 pagi semalam telah mengakibatkan 100 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air serta lebih 40 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment