Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menawarkan kesediaan beliu untuk mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
“Saya sedia lepaskan kerusi itu kepada Datuk Seri Anwar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.
Sebelum ini, timbul spekulasi calon naib presiden PKR itu akan mengosongkan kerusi parlimen Selayang bagi memberi peluang kepada Anwar yang diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding Ahad lalu.
Pada pilihan raya umum ke-14, Anwar tidak dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh kerana masih di penjara atas kesalahan liwat II sejak 2015. Bagaimanapun sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon beliau diberikan pengampunan penuh.
Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan mereka Nurul Izzah masing-masing sebelum ini dilaporkan berkata mereka tidak berhasrat melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Permatang Pauh.
Anwar menggantikan isterinya yang juga adalah timbalan perdana menteri yang tidak mempertahankan jawatan presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.
Mengulas lanjut apakah beliau sanggup menjadi “kambing hitam”, Leong berkata “ya”.
Malah, katanya perkara sama juga akan dilakukan oleh semua 50 orang anggota parlimen PKR.
“Kalau diminta saya sanggup (jadi kambing hitam), malah saya percaya 50 anggota parlimen PKR yang lain juga kalau diminta (berbuat demikian) tak ada siapa yang tidak akan beri laluan pada Anwar,” katanya.
Bagaimanapun, kata Leong sehingga hari ini tidak ada perbincangan mengenainya dibuat pihak pimpinan parti itu.
“Setakat ini tak ada apa perbincangan,” katanya.
Pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis yang lalu, Anwar berkata bahawa sebuah kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberikan beliau ruang untuk bertanding.
Anwar yang dinamakan akan menggantikan Dr Mahathir perlu menjadi ahli parlimen sebelum dapat dilantik menjadi perdana menteri dan menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment