Write For Us

"Kalau JAWI nak tangkap 'Raja Bomoh', kita bantu," kata IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan membuat tangkapan terhadap 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin sekiranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat laporan berhubung perbuatan dan perlakuan lelaki itu.
Menurut Khalid, polis menerima beberapa laporan mengenai perbuatan ritual lelaki itu yang berasal dari Teluk Intan, Perak apabila dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.
Siasatan terhadap Ibrahim dilakukan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.
Pada 19 Mac lalu, polis meminta Ibrahim tampil memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dilakukannya, konon untuk 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin bagi mendapatkan penjelasannya .
Bagaimanapun, kata ketua pengarah jabatan itu, Tan Sri Othman Mustapha, Ibrahim tidak hadir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment