Write For Us

'Kalau polis panggil, saya pergilah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis jika dipanggil untuk mengambil kenyataan berkenaan isu Bugis.
Semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan sebelum kenyataan Dewan Diraja Selangor, yang menggesa polis untuk menyiasat bekas perdana menteri itu.
" Dia punya kerja, memang kena bukak kertas siasatan.
"Kalau Polis panggil saya memang kena pergilah" kata Mahathir ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana
Mengulas mengenai kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia yang mahu Mahathir meminta maaf mengenai kenyataan Bugis itu, Mahathir berkata ia bukan ditujukan kepada Jusuf Kalla.
"Saya tak kata apa pun pada Jusuf Kalla dan kepada semua orang Bugis, saya kata kepada Najib sahaja" tambah Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment