Naib Ketua Srikandi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin memohon maaf kepada pencipta lagu dan penyanyi Amir Jahari kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk video solidariti terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Terdahulu Amir dalam ciapannya di Twitter tidak membenarkan runut bunyi filem 'Imaginur' itu digunakan oleh PN sebagai lagu latar video tersebut.
Berucap di Perhimpunan Agung Srikandi Bersatu semalam, Mas mempertahankan penggunaan lagu tersebut sebagai penghargaan pihaknya kepada industri kreatif tempatan.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu bagaimanapun menasihatkan pencipta lagu itu supaya meletakkan pernyataan lebih awal jika tidak mahu karyanya digunakan untuk tujuan politik.
Sumber video: https://www.facebook.com/srikandibersatuofficial/videos/618698073500505

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment