Write For Us

'Kalau takut datang Kelantan, pergi tempat lain'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menafikan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, memberi kesan kepada sektor pelancongan negara.
Kata Nazri, jika pelancong tidak mahu ke Kelantan, mereka boleh pilih untuk melancong ke negeri lain dalam negara.
Ini kerana, kata Nazri, Kelantan bukanlah negeri yang paling dilawati pelancong.
"Hukuman itu untuk orang Islam. Terpulang pada pelancong, kalau tak nak pergi, boleh pergi negeri lain yang menarik. Kalau takut nak datang, boleh datang tempat lain.
"Kelantan bukanlah negeri paling dilawati pelancong. Orang banyak pergi ke Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Langkawi, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Malaysia banyak tempat yang menarik.
"Tak ada kesan pun," kata Nazri.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Nazri menyangkal dakwaan bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa RUU Sebat yang diluluskan itu menjadi produk baru pelancongan Malaysia.
Namun, Nazri enggan melayan dakwaan Zainuddin sambil menyifatkan membuang masa.
RUU Sebat yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh Anggota DUN (ADUN).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu antara persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment