Umno Bachok diminta menyelesaikan masalah dalaman dan mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan parlimen itu jatuh ke tangan pembangkang.
Ingatan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disaksikan ribuan penyokong BN dan pemimpin Umno bahagian termasuk ketuanya, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Petani dan Nelayan di Pantai Irama, Bachok, hari ini.
Sebagai rekod pada Pilihan Raya Umum 2013, Dr Awang Adek tewas kali kedua kepada calon PAS, setelah memenanginya pada Pilihan Raya Umum 2004.
Ahmad Zahid berkata selain Bachok, BN mensasarkan tiga kerusi dewan undangan negeri iaitu Perupok, Jelawat dan Tawang.
Justeru beliau meminta penyokong BN supaya berhenti bertelagah sesama sendiri.
Terdahulu, timbalan pengerusi BN turut meluluskan sejumlah peruntukan RM6 juta untuk memenuhi permintaan rakyat Bachok.
Peruntukan itu melibatkan RM2 juta bagi menyiapkan pembinaan masjid, RM2 juta untuk bantuan pembinaan dan baik rumah, RM1 juta bagi pembinaan pejabat persatuan nelayan dan RM0.5 juta keperluan ibu tunggal.
Ahmad Zahid berkata, janji-janji itu akan ditunaikan demi rakyat Kelantan khususnya di Bachok.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment