Pemimpin MIC, P Kamalanathan menegaskan bahawa janji Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib lebih kuat dari satu dasar.
“Apabila seorang pemimpin negara (PM) bersama TPM ke pentas untuk menyatakan janji Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia untuk kaum India, saya rasa ini lebih kuat dari dasar,” kata Kamalanathan, yang juga adalah ketua biro pendidikan MIC, dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas persoalan yang dibangkitkan anggota parlimen Kapar G Manivanan.
Terdahulu Manivanan dalam sidang medianya mempersoalkan mengapa MIB tidak dibawa ke parlimen untuk dimeterai sebagai satu dasar seperti Dasar Ekonomi Baru.
Malah, Manivanan mendakwa dengan apa yang berlaku kini membuktikan bahawa MIC telah gagal membahaskan isu masyarakat India dan BN telah menunjukkan sikap sebenarnya dalam menjuarai dan mempertahankan kebajikan serta kepentingan kaum India.
Mengulas lanjut Kamalanathan yang juga timbalan menteri pendidikan berkata pelaksanaan MIB telah diterima baik masyarakat India dan beliau yakin janji kerajaan itu akan berjaya dicapai.
“Untuk makluman juga kebanyakkan perkara yang ada dalam MIB bukanlah suatu yang baru dalam perancangan, pelaksanaan dan sebagainya. Kita ada jangka masa. Kita telah tetapkan jangka masa.
“Kita juga wujudkan satu bahagian di bawah JPM untuk memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan berdasarkan jangka masa ditetapkan. Maka tidak harus ada apa-apa syak wasangka tentang keefektifan MIB. Kita kena percaya ia akan dilaksanakan.
“Ramai kaum India percaya ia akan menjadi satu kejayaan. Kita telah pun nampak perancangan yang dilaksanakan,” tegas anggota parlimen Hulu Selangor itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak pada April melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti itu di negara ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Di bawah pelan itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) khusus untuk memupuk tabiat menabung bagi golongan B40 kaum itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment