Write For Us

'Kami akan buktikan Guan Eng tidak bersalah' - peguam

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
51 Views
Published
Mengulas pertuduhan bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini, peguam belanya Gobind Singh Deo, yang juga ahli Parlimen Puchong, menjelaskan bahawa tidak ada asas untuk pertuduhan ini.

“Kalau kamu lihat pada pertuduhan ke atas anak guam saya, tak ada angka sebenar yang dinyatakan dalam pertuduhan.

“Apa yang dinyatakan hanyalah permintaan beberapa peratus tertentu untuk diberikan melalui pengadu daripada projek tertentu," katanya semasa sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Lim Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Lim bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment