Write For Us

Kami ambil maklum, tidak akan ulangi kesalahan pilihan raya - Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan akan memastikan tidak mengulangi pelanggaran kesalahan pilihan raya yang dilaporkan oleh Bersih dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis.
"Kami akan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Bersih supaya kita tidak mengulangi (kesalahan itu).
"Kadang-kadang kita mungkin terbawa budaya lama ke Sungai Kandis, yang merupakan pilihan raya pertama kita (selepas pilihan raya umum ke-14)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku 'Fidelity to Ideas' oleh Raja Ahmad Aminullah di Publika, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata mereka mengambil maklum tuntutan kesalahan pilihan raya dengan serius kerana mereka tidak mahu melakukan sebarang pelanggaran.
Berdasarkan pemerhatian BERSIH pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu ada tiga kategori kesalahan yang dilakukan parti politik sepanjang tempoh 14 hari berkempen iaitu pengagihan hadiah atau sumbangan, penggunaan harta dan program kerajaan serta amalan politik perkauman serta melibatkan agama.
Bersih juga mengingatkan calon-calon dalam pilihan raya kecil Seri Setia dan Balakong yang akan datang untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan pilihan raya yang dilakukan dalam pilihan raya Sungai Kandis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment