Write For Us

"Kami datang baca yasin, tak terlibat politik" - Warden tahfiz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya di ulang tahun Umno yang ke-71 di Stadium Bukit Jalil semalam.
- Mahasiswa 'bengang' diheret dalam kancah politik
Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail berkata kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan yasin sempena Nisfu Sya’ban dan menafikan terlibat dengan politik.
“kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab nisfu Sya’ban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid nak sambut nisfu Sya’ban,” Katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.
Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari semalam sebelum menunggu kedatangan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Pengunjung ke acara hari ini berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment