Write For Us

Kampung Baru: Kerajaan tunggu reaksi berakhir Sabtu ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Kerajaan akan menunggu sehingga Sabtu ini, bagi mendapatkan maklum balas terbuka sebelum beralih kepada pendekatan lain dalam usaha mendapatkan persetujuan semua pemilik tanah Kampung Baru di sini, bagi tujuan pembangunan semula kawasan itu.
Sejak tawaran rasmi dibuka pada 21 September lalu hingga 25 November tahun ini, seramai 1,882 atau 35.12 peratus daripada 5,359 pemilik tanah berdaftar sudah mengisi dan menghantar borang maklum balas pelan pembangunan.
Daripada jumlah yang menghantar borang itu, seramai 1,773 sudah bersetuju hartanah mereka dibangunkan semula oleh kerajaan, manakala 106 lagi tidak bersetuju.
Berikutan masih ada baki 3,477 pemilik atau pewaris yang berdiam diri, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berbeza.
Khalid ditemui selepas menghadiri sesi penerangan tawaran terbaru kerajaan kepada pemilik dan pewaris berkenaan pembangunan semula Kampung Baru di Kelab Sultan Sulaiman.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment