Write For Us

Kanak-kanak parah digigit kera

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Kanak-kanak lelaki parah selepas diserang kera di kedai makan di Lebuhraya Muadzam Shah, Rompin,2 Januari lalu.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Syed Nur Akif Rizqi Syed Ahmad, 3, cedera di kedua bahagian kaki, kepala dan belakang badan.
Mangsa dikatakan digigit haiwan itu ketika sedang menonton video di telefon bimbit sebelum kejadian disedari ibunya yang bertindak menghalau kera itu.
Difahamkan ketika kejadian ibu mangsa sedang mengambil makanan untuk anak lelakinya di dapur sebelum mendengar jeritan mangsa.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, berdasarkan laporan diterima, kanak-kanak itu digigit kera yang sering berkeliaran di kawasan kedai makan itu.
Mangsa kini dirawat di Hospital Segamat dan dilaporkan stabil.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment